Mengungkap kembali kisah yang menyayat hati pernah berlaku pada tahun 2015 yang mana pihak PMS telah mengadakan program ziarah kasih ke rumah bekas seorang pelajar yang bernama Nursyarlia binti Rusli di Kg Tempoyak Kadok, Ketereh, Kelantan yang kehilangan 6 sekeluarga iaitu bapanya, Ahmad Razi Harun, 53, kakak ipar, Dayang Suhana Mohd Nawi, 22, anak saudara, Nur Damia Irdina Rosailan, 10 bulan dan sepupu Umar Rayyan Suhaimi, 6 serta ibu saudaranya, Hafsah Wangai,56 terlibat dalam kemalangan sehari sebelum berlangsung Majlis Konvokesyen ke-9 Politeknik Muadzam Shah.
Program ziarah ini di ketuai oleh En. Mohd Isa bin Abdul Rahim, pegawai Hal Ehwal Pelajar bersama 5 orang pegawai dari PMS yang turut mengiringi Tuan Pengarah ke rumah tersebut. Tuan Pengarah PMS, En Wan Muhammad Afifi bin Wan Abdullah telah menyerahkan Diploma kepada graduan berkenaan serta sumbangan dari warga PMS. Semoha beliau tabah mengharungi dugaan ini.