Wednesday, January 12, 2022

MAJLIS KONVOKESYEN KE 14 PMS

 

Telah berlangsung Majlis Konvokesyen PMS kali ke -14 pada 23 November 2021. Majlis telah berlangsung secara maya melalui siaran Youtube. Seramai 1617 orang graduan yang terlibat pada sesi konvokesyen kali ini adalah pelajar yang tamat pengajian pada Sesi Disember 2018, Jun 2019, Disember 2019 dan Jun 2020 yang merangkumi dari lima jabatan akademik dengan 11 program diploma politeknik.

Majlis perisytiharan telah disempurnakan oleh Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan Ismail dan di dalam ucapannya beliau merakamkan tahniah kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian  mereka di PMS dan bakal menerima diploma masing-masing pada majlis konvokesyen ini. Tidak lupa juga penghargaan seharusnya diberikan kepada ibu  bapa yang berkorban dalam apa jua situasi untuk menjadikan kejayaan ini sesuatu perubahan yang besar dalam kehidupan anak-anak mereka. Tahniah kepada semua graduan PMS semoga dapat digunakan ilmu yang dipelajari di PMS di dalam mengharungi kehidupan yang mendatang.

Para graduan JTMK PMS juga telah berjaya membawa pulang beberapa anugerah khas yang disediakan.
Sesi Disember 2018 : Sugentira a/l Subramany
Sesi Jun 2019 : Ainur Elisyah binti Muhammad Bakhtiar
Sesi Disember 2020 : Haamsevani a/p Sithambranathan
Sesi Jun 2020 : Nur Syasya Amirah binti Mohd Rozi
Sesi Disember 2018 : Smart Feeder Monitoring 
  • Nor Fadila binti Kamarudin
  • Nurul Ayu Natrah binti Masuri
  • Nuwara Natasha binti Ibrahim
Penyelia : Puan Nur Dalila binti Abdullah

Sesi Disember 2019 : Anti-Theft Kit
  • Muhammad Hamizan bin Ramli
  • Shaanjiv Nair a/l Ravi Kumar
  • Nurul Syafiqah binti Dahlan
Penyelia : Ts. Afzanizam bin Alias

Sesi Jun 2020 : Art Arduino Emergency Traffic Light
  • Nurul Aisah binti Saharuddin
  • Nurul Huda binti Saharuddin
  • Gayathri a/p Arumugam
Penyelia : En Abdullah Azraai bin Hasan

ANUGERAH KHAS PENGARAH


Tahniah diucapkan kepada semua graduan yang telah bergraduasi pada sidang kali ini. Tahniah juga graduan yang telah mendapat anugerah. Semoga terus maju.








JEMPUTAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE 16

  Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Muadzam Shah akan mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke 16 bagi lulusan Sesi II 2021/2022 dan Sesi ...