Wednesday, July 5, 2023

JEMPUTAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE 16

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Muadzam Shah akan mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke 16 bagi lulusan Sesi II 2021/2022 dan Sesi I 2022/2023 pada hari Ahad (17 September 2023).

Sehubungan dengan itu, pihak Politeknik Muadzam Shah dengan berbesar hati menjemput saudara/saudari untuk menghadiri majlis ini yang akan berlangsung di Dewan Kompleks Bandaraya Kuantan. Semoga kehadiran saudara/saudari akan dapat lebih menyerikan lagi majlis tersebut.

Wednesday, October 12, 2022

KONVOKESYEN PMS DISAMBUT MERIAH


Tahniah diucapkan kepada seluruh graduan dan ibubapa yang telah menghadiri Majlis Konvokeyen Politeknik Muadzam Shah Kali yang Ke-15 yang disambut dengan begitu meriah. Ucapan terima kasih juga buat semua tetamu VVIP yang sudi hadir dalam menyempurnakan majlis konvokesyen pada kali ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada pihak Alumni PMS dan rakan industri yang sudi memberikan sumbangan dan tajaan sebagai pengiktirafan di atas kecemerlangan pelajar. Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa, para pelajar dan sukarelawan yang telah memberikan komitmen serta curahan tenaga dalam menjayakan Majlis Konvokesyen PMS pada kali ini.




Tuesday, October 11, 2022

MAJLIS KONVOKESYEN PMS KALI KE 15

 

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan sesi pengajian di Politeknik Muadzam Shah. Kami seluruh warga Politeknik Muadzam Shah mengalu-alukan kehadiran para graduan ke Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-15 Politeknik Muadzam Shah pada 26-27 September 2022. Diharapkan kehadiran semua dapat memeriahkan lagi majlis kami pada kali ini.

Wednesday, June 22, 2022

MANUAL JEMPUTAN PERASMI ANJURAN JPPKK

 

Manual ini boleh dijadikan sebagai rujukan dalam urusan jemputan perasmi dalam majlis yang bakal dianjurkan oleh pihak institusi bertarikh 21 Februari 2020.

https://drive.google.com/file/d/1xPE0_RpokneKgAHFs0LESRGc4IvUYM2W/view?usp=sharing


Saturday, March 5, 2022

KENANGI JASA IBU DAN BAPA

 

Sudah pasti menjadi impian stiap insan untuk mengabadikan setiap kenangan bersama ibu dan bapa tersayang pada hari yang tidak mungkin dapat dilupakan seperti hari graduasi. Semoga insan ini terus tabah menghadapi setiap cabaran serta liku-liku kehidupan yang mendatang. Ibu dan ayah telah pergi menghadap ilahi, yang tinggal hanyalah memori yang terpahat dihati. Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa, sentiasa berbuat baiklah kepada mereka sementara hayat mereka masih ada.

ROS ATHIRA BINTI ZAINUDIN (19DPM17F1009)

JEMPUTAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE 16

  Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Muadzam Shah akan mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke 16 bagi lulusan Sesi II 2021/2022 dan Sesi ...